Pakaian rasmi Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin

Lelaki

Berbaju kemeja putih lengan panjang dan berseluar putih manakala bagi pelajar tingkatan 6 STAM pula ialah berbaju kemeja hijau (berlainan warna dengan kemeja hijau Pengawas Pusat Sumber) dan berseluar slack hitam. Pelajar juga diwajibkan memakai songkok, tali leher sekolah, tali pinggang hitam dan berkasut hitam. Pada hari Jumaat, pelajar diwajibkan memakai baju melayu putih serta samping songket rasmi sekolah.

Perempuan

Berbaju kurung putih dan berkain hijau daun manakala bagi pelajar tingkatan 6 STAM pula ialah berbaju kurung hijau (berlainan warna dengan baju kurung hijau Pengawas Pusat Sumber) dan berkain hitam. Lengan baju kurung diwajibkan berkancing. Pelajar juga diwajibkan memakai tudung labuh bewarna putih melebihi paras pinggang dan berkasut hitam. Pelajar hanya dibenarkan memakai stongan berwarna putih jika mahu. Pada hari Jumaat, pelajar diwajibkan memakai baju kurung putih berkain songket rasmi sekolah.